BeShare AI Solution mengendalikan laman beshareaisolution.com dan sistem balasan WhatsApp untuk perniagaan yang menggunakan perkhidmatan kami.
Maklumat yang dikumpul
- Nombor telefon WhatsApp dan kandungan mesej yang dihantar kepada nombor perniagaan.
- Nama, alamat penghantaran, dan butiran pesanan yang ditulis dalam perbualan.
- Bagi tempahan pemasangan: nama, nombor WhatsApp, nama jenama, laman jualan, dan gambar resit bayaran.
Tujuan
- Membalas pertanyaan jualan.
- Mencatat dan menyiapkan pesanan.
- Memberitahu pemilik perniagaan apabila ada pesanan, atau apabila seseorang minta bercakap dengan admin.
- Memasang sistem yang dibeli daripada BeShare.
Perkongsian
Mesej WhatsApp disampaikan melalui Meta. Rekod perbualan dan pesanan disimpan pada pelayan BeShare yang dihoskan oleh Hostinger. Kandungan mesej tidak dihantar kepada OpenAI atau penyedia kecerdasan buatan yang lain. Kami tidak menjual maklumat ini.
Keselamatan
Rekod perbualan hanya untuk BeShare dan pemilik nombor perniagaan itu. Token Meta tidak dipaparkan kepada pelanggan. Akses kepada rekod dihadkan kepada pengendali BeShare yang memasang perkhidmatan tersebut.
Penyimpanan
Rekod disimpan selama perkhidmatan untuk nombor itu masih digunakan.
Pemadaman
Pengirim atau pemilik perniagaan boleh meminta salinan atau pemadaman data dengan e-mel ke afiq5081@icloud.com. Nyatakan nombor WhatsApp berkenaan. Rekod yang kami simpan akan dipadam selepas permintaan disahkan.